Muat Turun Borang Penyertaan Merentas Desa

Friday, 24 February 2012

Muat Turun Borang Penyertaan Merentas Desa di sini.
1) Borang Penyertaan (Muat Turun)
2) Syarat Penyertaan (Muat Turun)

Cara Muat Turun

Cara Muat Turun Borang Menggunakan 4shared.
1) Pilih borang yang hendak dimuat turun.
2) Klik perkataan 'Muat Turun' di tepi borang.
3) Laman web 4shared  akan memaparkan nama file, contohnya file Tingkatan Satu~2012.
4) Klik 'Muat Turun' di bawah file.
5) Anda perlu menunggu beberapa saat, sehingga keluar paparan Muat turun fail sekarang.
6) Klik pada Muat turun fail sekarang.
7) Selesai.


Pengumuman Penting

Tuesday, 14 February 2012

Latihan Rumah Sukan pada minggu ini 13-17 Febuari 2012 adalah seperti biasa.
Karnival Sukan SMKKB ditangguhkan pada 20-21 Mac 2012.

SMK Kepong Baru juara olahraga Sentul

Monday, 13 February 2012

ARKIB : 15/03/2011 Utusan 
ATLET dan jurulatih SMK Kepong Baru meraikan kejayaan muncul juara keseluruhan kejohanan olahraga wilayah Sentul, yang berlangsung di Stadium Mini Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 14 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong Baru telah muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan padang dan balapan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) wilayah Sentul yang berlangsung baru-baru ini.
Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 7 Mac di Stadium Mini Seri Permaisuri, Cheras itu melibatkan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Sentul.
SMK Kepong Baru, dalam kenyataan akhbarnya berkata, kejohanan kali ini amat bermakna buat sekolah itu kerana telah berjaya mengatasi pencabar terdekat iaitu Sekolah Menengah Perempuan Chong Hwa dan SMK Jinjang apabila mereka memenangi 14 pingat emas, 12 perak dan sembilan gangsa.
"SMK Kepong Baru juga muncul juara keseluruhan kategori perempuan manakala Ang Kai Li pula dinobatkan sebagai peserta terbaik perempuan dan Olahragawati 2011.
"Kai Li memperoleh pingat emas untuk acara lompat jauh, lompat kijang, 4x100 meter dan 4x400 meter serta memperoleh pingat perak untuk acara lompat tinggi. Dia juga telah memecahkan rekod kejohanan bagi acara lompat jauh," kata kenyataan itu.
Tambahnya, kejayaan sekolah itu adalah kerana ia mempunyai jurulatih yang komited, diketuai oleh Muhd. Tarmizi Muhd. Nor dengan dibantu oleh Mohamad Hazuan Zainal Abidin (bekas atlet kebangsaan), Nezir Khan Repikh Ali dan Mohd. Zaki Minabi.

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2011

Taniah kepada semua peserta yang berjaya menawan Gunung Kinabalu..
20-23 Disember 2011

Latihan Rumah Sukan

Thursday, 9 February 2012

Perhatian!
Latihan Rumah Sukan pada tarikh 30 Januari 2012 sehingga 10 Febuari 2012 dibatalkan.
Pada minggu berikutnya, latihan seperti biasa.
Harap Maklum..